SPRM sahkan keluarga diraja Saudi beri RM2.6 bilion pada PM - Azalina Othman
"Berhubung siasatan kes RM2.6 bilion, keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB Perdana Menteri secara peribadi daripada keluarga Diraja Arab Saudi,"
"Berkaitan kes SRC International pula, pihak SPRM telah menyatakan bahawa hasil siasatan mereka tidak menunjukkan bahawa YAB perdana menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah (corrupt practice)."
"Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, peguam negara beruashati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan YAB perdana menteri berkaitan kes-kes tersebut," - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.
Artikel : 'SPRM sahkan keluarga diraja Saudi beri RM2.6 bilion pada PM' - Azalina Othman
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 1,861+
1 - [1,103] Lebih baik ko diam je, Ko ingat rakyat bodoh ka nak percaya semua tu? SPRM pun jenis ape skrg ni.
2 - [677] Putera saudi yg terkaya pun cuma memiliki rm681 juta jadi mcm mana nak derma rm2.6b. Langsung tak masuk akal laporan SPRM nie. Ini yg buat rakyat hilang kepercayaan kpd SPRM.kalau nak buat ulasan dan kesimpulan tu kena logik dan dibuktikan dgn fakta cthnya bukti transaksi kewangan yg mana semua butiran akaun penderma jelas dan meyakinkan semua pihak.
3 - [339] Kalau macam tu SPRM perlu jelaskan
Apakah hubungan antara PM dan Petera Saudi
Apakah tujuan PM diberi derma RM2.6 billion
Kenapa Putera Saudi derma RM2.6 billion kepada PM secara Rahsiah
4 - [178] Klau arab saudi bg kenyataan bole percaya...klau penjilat najib bg kenyataan semua bohong belaka...
5 - [176] Ikut Logik la..klu org nk masuk duit dlm acc kite 1st mesti kne tau no.acc dlu. So saya andaikan sebelum "derma" tu putera saudi tu ade hubungi najib minta no.acc dulu kn?? So bila najib tanya kpd putera saudi ape kejadah ko nk no. acc aku?? So putera tu jawab nk derma sebanyak 2.6b. So sy andaikan bila najib dengar jumlah tu najib terus bagi no.acc peribadi dia.....hmmm
6 - [131] Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.
Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun
7 - [107] untuk kebaikan tak mengapa dedahkan nama putra saudi tu supaya kita rakyat boleh menilaikan sendiri kebenarannya dengan kekayaannya. ni harta 1mdb semangkin hilang dan patut diistihar muflis sampai dah menjual aset nya, azalina ni takut mempersoalkan takut kena tindakan, macam TSMY.
Artikel : SPRM sahkan keluarga diraja Saudi beri RM2.6b pada PM- Azalina
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 502+
1 - [140] Kalau betul..,tunjukkan bukti! Bawak keluaq kertas siasatan lengkap dan umumkan secara terbuka kepada Malaysia! Mana boleh main ckp sedap mulut ja..Nak ganti AG pulak ka Encik Azalina kita tu? AG mana AG?! Kerja jangan senang sgt laa..Lagi satu,tolong buat kenyataan rasmi yg kerajaan Perdana Menteri menafikan kenyataan Menteri Arab yg dok kata derma tu bukan dari Arab Saudi! Menteri negara tu mestilah lebih arif ttg kerajaan Arab Saudi.Ya kalau tak pun,dedahkan nama putera Raja Abdullah yg hangpa dok sebut² bagi derma.Cakap jelah,senang! Mula² kata putera dr kalangan kerabat diraja Saudi! Pastu spin pulak kata Raja Abdullah yg bagi,jelas menipu Raja Abdullah dh mangkat..spin lagi kata putera kepada Raja Abdullah tp taknak sebut nama! Kenapa? Klau ikutkan Najib dan puak² pembela boleh didakwa oleh kerajaan Arab Saudi sbb dh guna nama kerabat diraja negara tu utk tujuan jenayah..
2 - [41] Skg ni, klo derma kenapa masuk akaun sana lepas tu akaun tutop masuk pulok akaun d singapore. Klo x oang bank kuarkan maklumat, dh sah duit tu lebor lam akaun najib n isteri, kroni.... cer azlina jwb?
3 - [22] Dokumen2 bukti yang asal sudah terbakar tempoh hari...saksi2 pun ada yang sudah terbunuh dan hilang, dan ada juga yang terpaksa kena tutup mulut ditukar kejawatan lain... itu lah sebabnya tidak ada lagi yang betul punya dokumen dan saksi....
4 - [14] najib perlu jujur...jgn beselidung di bawa kerajaan dan umno...ini meruah negara...kena terang bagitau rakyat malaysia...jgn menyebabkan rakyat malaysia tetanya tanya.,.kenapa najib tak di ambil tindakan sedang malaysia ini ada undang undang....kenapa nak diberi istimewa najib tu... dia tu manusia biasa... tak boleh dihukum ka dia....kenapa rakyat boleh masuk penjara, dia tak boleh...mana pengamal undang undang malaysia,...jgn takut kat najib...dia tu bukan siapa siapa...dia mcm kita juga....
5 - [11] Ini Malaysia ..Menteri Menteri terpaksa main wayang ..Pegawai Penyiasat kena ikut arahan..kalau tidak akan ditukarkan atau diarah meletakkan jawatan terang terang contoh yang telah diambil tindakan mantan Peguam Negara di arah letak jawatan alasan Kesihatan..Pegawai atasan SPRM diberi amaran segala fail bukti dirampaskan oleh pihak berkaitan ...Apabila kuasa mengatasi tuhan ...semua tuduhan boleh dihapuskan..walau bukti kukuh diadakan..jawapan diberi berdolak dalik diceritakan..jika wang derma mengapa dipulangkan..mana pergi wang DRC yang dimasukkan kedalam akaun ajaib hilang tanpa jawapan ...Rakyat tidak lupa dan buta penglihatan...tunggu Pilihanraya akan datang jawapan diberikan...

0 disqus:
Post a Comment