Reaksi Putrajaya + Pemimpin UMNO selepas Tun.M lancar gerakan bersama pembangkang
Artikel : Langkah Dr Mahathir tindakan terdesak - Putrajaya
Sumber : FB Berita Harian
Jum.Komen : 734+
1 - [1,010] Dimata pentaksub Najib, memang ia seakan nampak terdesak. Tapi di mata kami rakyat Malaysia yang waras, ianya adalah tindakan yang berani demi melihat perubahan yang jitu.
Apakah satu kesalahan jika inginkan yang terbaik untuk Malaysia?
2 - [287] siapa terdesak siapa...Tun tiada parti nak hairan apa...Tun boleh bergabung dgn siapa sahaja untuk jatuhkan najib...najib gunakan media masa..menteri2 untuk membela beliau tanpa perduli perasaan rakyat dgn perbuatannya..
3 - [149] Atas dasar politik...Siapa lagi yg paling layak menegur pimpinan Umno Najib klau bkan TM...pengalaman TM sbgai PM mmg harus di akui oleh Rakyat Malaysia.
4 - [66] Anwar Ibrahim patut mengganti Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
5 - [54] walaupun pembangkang belum dpt bukti banyak perkara, tetapi mereka bersungguh2 tolong rakyat. ini lah dalam sejarah negara bekas BN, dan ahli BN dan pembangkang bersatu menentang najib yg banyak skandal yg tidak di jelaskan dgn betul dan hanya memuntar belik fakta dan menuduh org lain menipu, memang lah siapa manusia nak mengaku salah kalau bukti belum kukuh tetapi kebanyakan tuduhan banyak di timbulkan. adakah PM ke 6 PM yg pertama akan di hadap ke mahkamah. kita tak tahu, hanya mampu berdoa agar Tuhan tunjukan rakyat Malaysia lebih banyak jalan dan petunjuk
Artikel : Kerajaan gesa Dr Mahathir tunggu PRU
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 380+
1 - [335] Ahmad bashah mb kedah tikam dari belakang tak payah tggu pru pun..turun najib kena tggu pru...jahanam negara sbb sorang ni.
2 - [34] Kalau nak selamatkan dan kekalkan umno berkuasa...inilah masanya...kalau tunggu pru14 dijamin telokop bn...ingat pengundi pru14 bukan otai otai.tapi orang muda tau..klu otai pun dan tak sokong umno apatah lagi yg lain.tinggal penjilat penjilat awam je,penjawat awam entahlah.....
3 - [33] Anwar Ibrahim patut mengganti Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia???
4 - [14] Skrg dah berapa billion hutang dlm negara,,nk tunggu pru lagi ke,,kalau tunggu smpai pru comfim hutang semakin tinggi,,itu satu hal,,hutang 1MDB sape pulak yg nk kena bayar,,bunga shj dah cecah billion,,sape yg akan bayar,,rakyat jgk yg bayar,,ke kroni2 najib yg bayar..
5 - [17] tun M bukan nk tukar kerajaan, dia suruh najib turun je.. pastu ganti PM baru.. BN tetap memerintah...
Artikel : Tindakan melantik atau melucutkan jawatan mana-mana pemimpin adalah tidak beretika - TPM Zahid
Sumber : FB Astro Awani
Jum.Komen : 718+
1 - [142] Aku orang UMNO, orang parti. Mula-mula aku juga keliru dan agak tak setuju dengan cara Tun Dr Mahathir ni. Tapi apa lagi jalan yang ada jika jalan dalam parti UMNO sendiri sudah ditutup, undang-undang Malaysia sudah kawal oleh orang berkenaan.
Undang-undang Malaysia sudah lumpuh bak kata Tun!
Tun Dr Mahathir buat ini bukan untuk kuburkan BN, bukan untuk kuburkan UMNO. Tapi beliau hanya mahu Najib undur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Tun Dr Mahathir dah fikir habis-habis untuk buat perkara ni, apa yang paling penting bagi beliau ialah Selamatkan Malaysia dari terus dirosakkan.
2 - [90] Zahid! Dalam sebuah negara demokrasi, memilih pemimpin itu adalah hak rakyat. Sebab itu semasa pilihanraya, rakyat diminta buat pilihan . Wakil rakyat hanya melantik pemimpin sahaja. Jadi, bila rakyat majoriti berasa tak puas hati, rakyat majoriti boleh membuat pitisyen , berdemo, berkumpul menyatakan bantahan. Jadi , bila rakyat dah majoriti membenci seseorang pemimpin itu kerana caranya mentadbir negara menyusahkan rakyat, maka rakyat boleh bangkit menentang. Inilah cara demokrasi.
3 - [44] Banyak la ko punya Demokrasi !!!! ko dpt jawatan TPM pun disebabkan tidak ada Demokrasi dlm Umno,.....pantang PM ditegur,terus ditendang,digugurkan,....klu boleh,semua Menteri harus patuh dngn PM,walaupun terang2 PM melakukan kesalahan!!!! klu yg ditendang tu seorang,bolehlah diterima akal,ini dngn Peguam Negara pun ditendang sekali,.....ko ingat RAKYAT BODOH ke?tak boleh menelai ?mana ada Demokrasi dlm Umno sekarang.....cuba terangkan?
4 - [35] demokrasi konon, dah si najib tu yang tak nak undur cara terhormat. orang yang tak bijak pun masih lagi nak disimpan jadi PM, memang malu la jadi rakyat malaysia masa kini. kalau tak menyusahkan rakyat, orang pun tak kesah la kalau nak jadi PM selamanya. jadi fikirla sendiri
5 - [27] Klu berani tolong bagi nasihat sama PM..bubar palimen supaya kita boleh adakan PRU14..disitu baru rakyat boleh tentukan siapa kerajaan.
Artikel : PM Malaysia dipilih melalui perundangan, demokrasi - TPM Zahid
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 370+
1 - [90] Bukan rakyat yg pilih PM, tapi tradisi parti. Malaysia patut pilih PM spt mana pilihanraya Presiden di negara2 tertentu. Itu baru demokrasi. Perlembagaan yg patut diubah.
2 - [10] Sejak bila rakyat pilih PM? Apo ko masih tido ke Zahid? Bukan ke umno yg pilih PM. Sama juga macam TPM, bukan ke PM sendiri yg pilih? Kalau lah rakyat secara demokrasinya yg memilih PM dan TPM, kenapa PM pula pandai2 yg singkir TPM, sepatutnya rakyatlah yg singkir.
3 - [10] Pandai bercakap PM dipilih melalui perundangan dan demokrasi. TSMY pun dipilih melalui perundangan dan demokrasi. TSMY diambil tindakan perundangan dlm akta parti atas kesalahan tidak membantu PM. TSMY bukan melakukan kesalahan pecah amanah rasuah atau salah guna kuasa. Mana demokrasi yg dimaksudkan ZH. MT umno tidak menghormati ahli umno yg mengundi TSMY sebagai timbalan presiden melalui demokrasi. Bercakap biar betul jgn hentam kromo je. Rakyat tengok tingkah laku kalian.
4 - [8] DS Zahid apa yg Tun M & team & rakyat nak ialah tukar PM bukan tunggu pilihanraya...faham lah kehendak rakyat. Kami ni bkn berfikiran mcm tahun 40an / 50an / 60an / 70an / 80an boleh ditipu dan terima segala kata kata pemimpin.
5 - [7] Kita kena lihat Indonesia Thailand Amerika itu baru PM atau President yang dipilih oleh rakyat.Amerika dan Indonesia juga ada had atau tempoh tertentu utk menjawat jawatan PM atau President tidak seperti di negara kita Malaysia dimana jawatan PM tiada tempoh tamat jawatan.
Artikel : Selamatkan M'sia dari apa, soal menteri - Salleh said keruak
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 901+
1 - [344] Buat2 kurang pandai ke atau memang kurang pandai dia ni selamatkan malaysia dari pemimpin yg suka menindas rakyat malaysia. Jilat, tunggulah pru nanti nak tgok apa akan jadi kat penjilat2 tegar.
2 - [169] dari penyamun lah... penyamun, lanun2 daripada dalam parti UMNO & BARISAN NASIONAL!!!
3 - [74] selamatkan Malaysia dari menteri2 terlajak kurang pandai macam kau..keruak,dahlan,azalina,nazri.dan yg paling kurang pandai adalah Ku nan...bila spesis mcm dia org ni tidak lgi menjadi kerajaan..insyaallah.negara Malaysia akan lebih maju...
4 - [66] Mereka sentiasa berbalah dalam banyak hal dan berbeza ideolgi ..kini bole duduk semeja..Untuk matlamat yang satu..menumbangkan seorang yg bole di sabit sebagai penjenayah..jika bagi rakyat biasa yg lakukan perkara yg sama sudah lama ditahan di bawah AMLA..
5 - [42] ic palsu sabah masih belum settle, korupsi ikan jerung tiada tindakan malah rakyat nak bersuara pun di ambi tindakkan undang atas nama melanggar akta skmm konon sbb itu masia mesti di slamat dari perintah yg tidak adil dan zalim
Artikel : Sidang media anti Najib tidak beri kesan - Salleh said Keruak
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 448+
1 - [102] KEKEKE...cakap jela dah goyang...sekali depa buat road tour..baru terkankang kau keruak
2 - [39] Kalau kita berkebun dgn tanaman jangka pendek . Saperti sayuran. Tebu. Buah2an dan sebagainya. Tiba2 masuk seekor lembu yg ganas dan bodoh merosakkan tanaman. Maka rosaklah tanaman kita.. kalau nak dimaki lembu bodoh itu pun bukannya ada kesan bagi dia. Sbb dia seekor lambu yg bodoh. Ertinya saleh keruak sudah samakan najib dgn seekor lembu bodoh itulah. Walau diprotes . Walau apa pun bagi najib tak mendatangkan kesan. Cakap biar cermat jgn sembarangan. Zaman sekarang semua rakyat bersekolah. Dan semua rakyat boleh berfikir. Jgn kita sedap cakap tapi orang yg rasa sakit.
3 - [32] MEMANG mu Salleh tiada kesan. Sebab mu jenis manusia yg tak ada hati dan perasaan. Sebab tu ketua kamu buat rakyat hidup sensara kamu sokong. Apa yg mahathir buat itu adalah mrwakili rakyat yg sensara. Salleh, belajarlah bergaul dgn rakyat bawah setiap masa bukan hanya masa nak pilihanraya baru jumpa rakyat. Barulah apa yg rakyat rasa memberi perasaan pada kamu.
4 - [28] Klu nak tau takda kesan suruh Najib bubar parlimen kita tgk samo-samo pilihan rakyat...sembang kencang tara guna datuk...
5 - [15] Hahaha...x taw knp tgk muka kau je rasa kesian..serang tun m kt tibi3,kejap naik menteri..kelayakan yg plg penting dlm kjaan najib,jilat dan makan dedak..
Artikel : Wanita UMNO kesal dengan tindakan Tun Mahathir - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Sumber : FB Berita Harian
Jum.Komen : 1,027+
1 - [255] Apa nak di kesal kan..pernah tak awak semua menyokong Tun di dalam umno..selepas Tun pencen..Tun minta sokong kpd Tun dan Anak nya untuk bersuara...tetapi awak semua tak nak layan langsung...Tun pun tak pernah kata menyesal..disebab kan awak semua tak nak Bersama Tun...sekarang Tun dah keluar drp Umno...dan terpaksa bersama Parti Pembangkang...disebab kan nak bersatu untuk bersama rakyat bersuara...klau tak nak sokong Tun sila jgn bising atau takut kerajaan Dsn Tumbang...klau awak semua manusia yang betul2 iklas dan jujur...dan menjaga kebajikan rakyat Malaysia...awak semua harus berpihak kpd rakyat Malaysia. .atau berdiri di tempat rakyat jelata untuk berfikir...betapa seksa dan kesusahan rakyat Malaysia pada masa sekarang..jgn gila kan kuasa lagi klau awak seorang manusia yang waras...sila sokong kan Tun untuk bersatu hati bersama rakyat Malaysia...klau tak nak sokong Tun dan rakyat...tak pa tapi jgn buat sibuk dan bising...duduk diam2..
2 - [149] Tak payah ler kesal2 wanita umno oii....!! Sharizat yg kes beratus juta ringgit duit lembu tu korang patut kesal kan.
3 - [116] Ape lagi diorg ni..tun bkn ahli umno dah..biar le die nk buat ape..tu baru bergabung ngn pebangkang...bantai die bukk parti baru..haaa time tu mesti boleh tgk penjilat2 ni menyalak...
4 - [108] Duk dlm umno suara tun m tak de spe nak dgr, better dduk luar umno n bersuara.
5 - [65] Apa yg nak dikesalkan. Tun sudah membangunkan Malaysia dan dia tidak mahu najib menjatuhkan negara.
Artikel : Pemuda Umno berdiri teguh di belakang Najib
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 896+
1 - [252] Esok najib dah jadi pembangkang, hang jangan lari berdiri belakang orang lain pulak. Ingat muka ni korang semua. Jangan bagi dia LARI
2 - [56] Apa bendalah ko nak sokong2 lg, rakyat dah menyampah n tertekan dibwah pimpinannya. Xde kepala hotak ke org umno.
3 - [37] Ini muka2 kaki mengampu, ada akal tak bole nak fikir?. Atau statement ini dpt habuan berapa banyak atau jawatan apa yg dijanjikan?. Bodoh punya pemimpin pemuda.
4 - [18] dulu rakyat pilih najib sbb ingat boleh tolong rakyat... tapi... najib menyusahkan rakyat.. jadi rakyat berhak singkir dia walaupon belum cukup tempoh pilihanraya...
5 - [13] jgn sekali lagi pangkah bn umno lambang dacing lpas ni jika nak selamatkn malaysia.
teruskn ph..lawan tetap lawan...
"kalau takut akan risiko,usah bicara soal perjuangan"...DSAI...
Artikel : Pemuda Umno gesa pecat Muhyiddin, Mukhriz
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.komen : 338+
1 - [157] Hahaha..yg komen2 kte pengkianat tu korg sedar x sebenarnye korg la yg pengkianat sb masih menyokong najib..angkara org2 mcm korg la rakyat makin tersiksa..sedar x berapa juta rakyat mlysia yg dh korg kianat..kalau nk dibandingkan dgn 3 4 org yg korg kte mengkianat najib n parti tu..
2 - [55] Umno dlm situasi cacamarba, kecuali pm letak jawatan, baru umno stedy semula.
3 - [45] Baca lah declaration itu, jangan buta buta sokong mana mana pihak. Declaration itu utk jaga negara dan masa depan pemuda... Kalau biarkan saja siapa akan susah nanti jika negara bankrap.
4 - [41] Pemuda umno ni macam budak budak aje. Nak suruh pecat aje Mahyudin dgn Mukhriz. Engkau tahu tak pengaruh Mahyudin dalam umno tu? Separuh drp ketua bahagian berpihak kpd Mahyudin. Ketua cawangan pula lebih drp separuh. Akar umbi umno juga masih ramai menyokong Mahyudin. Itu Mukhriz punya pengaruh belum dikira lagi. Pengaruh Mahathir dalam umno belum dikira lagi. Ini semua perlu diambil kira, barulah difikirkan pasal pemecatan tu. Engkau budak, mana ada fikir macam tu.
5 - [33] Umno tak akan berani pecat diaorang. Kalau pecat, buruk akibatnya kpd umno.
Artikel : 'Anwar sokong Dr M umpama akui dakwaan padanya' - Ahmad Shabery Cheek
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 788+
1 - [328] Tak serik2 lagi ka hang dah kena "taroh" dengan Anwar Ibrahim cukup2 sampai berbuih mulut hari tu. Semua rakyat Malaysia dok tergelak dekat hang tonton telatah kurang pandai hang kat TV ditelanjangi oleh Anwar Ibrahim.
2 - [238] Ni cakap menteri kaki ampu yg tak faham apa pun! Dah declare ini gerakan rakyat. Segala perbezaan mahupun pegangan politik di ketepikan demi selamatkan negara. Anda nilai lah sendiri tahap kecerdikan Ahmad Shabery ni. Tau dia nak menangkan Najib saja. Jauh dari mengakui sebarang kesilapan atau perbuatan salah Najib. Kentut Najib pun dia kata wangi, agaknya.
3 - [92] Lihatlah pengorbanan anwar, sanggup diketepikan liku2 keperitan hidupnya bertahun2 didalam penjara sejak 1998, demi untuk negara dan rakyat, kata anwar kejahatan tun memfitnah beliau, tidak terlawan kejahatan najib pada rakyat dan negara, kejahatan tun hanya pada beliau seorang, tapi kejahatan najib melibatkan seluruh rakyat...
4 - [49] Tun M telahpun minta maaf dan DSAI telah maafkan Tun M apa salahnya memaafkan org minta maaf dan apa salahnya menyokong yg betul utk selamatan Negara dan bangsa ..... MALAYSIA I LOVE MALAYSIA
5 - [16] Umpama akui dakwaan terhadapnya?? Kalau begitu,sebelum ini dakwaan itu hanya fitnah... Akhirnya,mengaku juga...
Artikel : Kerjasama Tun M, pembangkang kukuhkan Najib - Abdul Rahman Dahlan
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 499+
1 - [145] Tun mahathir bersama pembangkang bkn kerana parti,tapi kerana rakyat..
2 - [68] Tiada dap dalam kamus melayu wahai penyokong najib.. Dah basi cerita dap ni.. Kami akan memenangkan melayu pada pilihanraya nanti.. Tetapi bukan umno dan najib.. Dulu kami sokong umno pun kerusi dun kami umno letak mca dan mic.. Xda pulak mic dan mca dimomokkan pembangkang akan kuasai malaysia.. Kenapa? Mca dan mic xda nafsu nak kuasa ker..
3 - [56] Malaysia x akan diambil alih d.a.p la..skang nie nak jatuhkan najib dan parti pas atau pkr yg akan jage malaysia..d.a.p cuma joint skali masa nak jatuhkan najib tu..ko ingat pnyokong mlayu nak sokong d.a.p ke kalau pas atau pkr ade..
4 - [42] Dalam sejarah PM yg sebelum ni,ini lah PM yg paling terok sekali aku tengok,apa nak jadi malaysia ni.
5 - [28] dap pegang malaysia...dap kena turun anak anak muda utk membela negara jadi askar meredah belantara....jaga sipadan..ini 1 batang hidung pun tak ku nampak mcm..bilang org malaysia....kamu ddk senang la tidur aman..cari wang utk kaya.....di jaga oleh pejuang wira negara...itu siapa....olang kami lahhhhhhh...melayu la.
Artikel : 'Pertarungan kini antara Mahathir dan UMNO - Abdul Rahman Dahlan
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen :337+
1 - [113] Rahman dahlan ni mmg dah semakin jelas kurang pandai dia..kalau dgn org2 kampung ko di kota belud,boleh la ko nak membohong..
2 - [48] Otak apa kau ni, deklarasi tu mendesak najib letak jawatan bukan nak bermusuh dgn umno, pembangkang dan ngo juga mendesak najib letak jawatan berkaitan isu 1mdb, hutang 42b, duit 2.6b dan isu gst yg menyusahkan rakyat terutama yg berpendapatan rendah. Kau x pernah beli barangan dapor sebab tu kau x tahu keperitan rakyat.
3 - [36] Kau balek kelentong org Sabah boleh la Rahman ini org semenanjung dia x sokong melulu.. Yg betul tetap kami sokong walau pun dia pembangkang. Kami tidak akn sokong penipu pembohong walaupun dia org UMNO.. Ini pendirian kami rakyat mysia...
4 - [18] Kenapa menteri pandai2 ubah ayat TM mahu Najib letak jawatan bukan nak hancurkan umno walau pun dia keluar umno tapi masih belum daftar dng mana2 parti kenapa suka kelirukan rakyat .
5 - [17] Kalau tak tahu membezakan erti lawan parti umno dengan lawan pemimpin umno, lebih baik jgn bercakap..lebih baik budak lepasan spm jadi menteri ambil alih tempat menteri2 ni..
Artikel : Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur adalah langkah yang sia-sia. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun
Sumber : FB Astro Awani
Jum.Komen : 430+
1 - [104] perggggh.lu sapa....gua pun tak kenal lu.tapi gua kenal tun.lu kata umno kuat.abis sekarang lu bunyi buat apa.kalau ingat banyak kuat.bubar parlimen..kita lihat rakyat mau kasi umno/ bn perintah atau kasi lu terkubur.
2 - [62] Ramai kata Tun M byk habiskan wang negara selama 22 jadi PM. Nak tanya juga kat mereka tu. Wang negara Tun habiskan dari mana datangnya sedangkan sbelum Tun jadi PM 1981 mana negara ini ada duit yg banyak utk Tun habiskan. Kalau Tun habiskan pastinya semua dlm senarai di bawah ni kita tidak dpt lihat sekarang.
22 Tahun Zaman Tun M
1. Proton
2. PLUS
3. Besraya Highway
4. NKVE
5. KESAS
6. Besarkan Seremban KL Highway
7. 2nd Link
8. KLIA
9. Jambatan PP
10. Litar Sepang
11. Kompleks Sukan Bukit Jalil
12. Putra LRT
13. Star LRT
14. Komuter
15. Monorel
16. ERL
17. Pembesaran Pasir Gudang Port
18. West Port
19. Tanjung Pelepas Port
20. Smart Tunel
21. KL Tower
22. Daya Bumi
23. Produa
24. Modenas
25. Putrajaya
26. Masjid Wilayah
27. Masjid Putra
28. UTP
29. UIA
30. UUM
31. MMU
32. Cyberjaya
33. KLCC
34. Langkawi
35. Puluhan Masjid2 baru
36. Ratusan Surau2 baru
37. Hospital2 baru
38. Puluhan Sekolah2 baru
39. Puluhan Balai Polis baru
40. Puluhan bangunan Kuaters Guru baru
41. Puluhan bangunan Kuaters baru utk kakitangan kerajaan.
42. PICC
43. Ratusan lagi
44. Dgn semua dibelanjakan utk semua diatas Tun masih mampu banyakkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan kerajaan mampu byr gaji. Tolong tambahkan jika saya tertinggal.
Semua dalam 22 tahun dan Tun skrg dah bersara 12 tahun. Apa projek mega dalam 12 tahun ini ketika bukan Tun M lagi sebagai PM? Ke mana duit2 negara selama 12 tahun dari Petronas(zaman Tun jauh lebih rendah kerajaan terima dari Petronas berbanding skrg) dan cukai2 yg dikutip kerajaan yg dikatakan jauh lebih tinggi berbanding yg pernah kerajaan kutip zaman Tun ?Najib apa ade semua dia naikkan.
3 - [52] Sapa hng nk kta tun M lgu tu??? apa jasa hng kt rakyat..tok det lgu tu pn mcm2 jasa dia..hmpa tu x dak pa pn pakai hat legasi dia ja
4 - [45] Dikatakan Tun M terdesak...aduhai..bkn Tun M yg terdesak..zahid hamidi plak ckp..ikut saluran demokrasi..najib dipilih oleh rakyat..jadi nasib nya perlu ditntukan oleh rakyat jua..tp bgimana dgn kedudukan Tan Sri Muhyidin..bkn kah dia jg dipilih oleh rakyat..correct me if im wrong..
5 - [26] ya lah...nampaknya dalam Malaysia ni semua org tidak berguna melainkan Najib.







0 disqus:
Post a Comment