Kabinet Najib pecat Mahathir dari Petronas
Artikel : Pelantikan Tun Mahathir Sebagai Penasihat Petronas Ditamatkan
Sumber : FB Siakap Keli
Jum.Komen : 962+
1 - [1,236] Walaupun Petronas tertubuh bawah zaman tun razak tapi mahathir yang menaikkan Petronas .. Jadi kenapa perlu harus menamatkan mahathir jadi penasihat gara gara permasalahan politik .. Tanpa mahathir tak adanya Petronas dan bangunan KLCC yang mana ibu pejabat Petronas .. Ini dikatakan habis madu sepah dibuang.
2 - [560] Najib adalah perdana menteri paling teruk dlm sejarah malaysia..rakyat semakin lama semakin menyampah dgn tindakan najib melucutkn semua jawatan sesiapa sahaja yg menentangnye..ini membuktikn isu 1mdb adalah benar 2.6 bilion.
3 - [315] besa la tun...dulu lain..lani dah lain..dulu zaman jepun makan ubi kayu lani zaman najib makan pucuk ubi..ermmm..dulu tun ngan otak tun..lani najib ngan bibiaq pink..entah la..nk g masak maggi kari nie..sapa nak..
4 - [253] lingkup petronas..lepas nie penasihat petronas diberikan kpd suka sakat pak jib,x pun zahid,xpun menteri2 bodo yg lain..yg mne bleh memberi nasihat supaya kewangan disalurkan kpd 1mdb..oh yeah
5 - [145] hm. he was my idols since i was a child and till now. pernah fly p kl tahun lepas dgn harapan dapat jumpa tun m. tapi x pe la. xde rezeki kot. lepas ni x guna petronas lagi dah. baik guna shell je.
6 - [123] lantak korang lh .. korang tamatkan tun tetap kaya dan ramai pyokong..kecuali dedak dan macai
7 - [102] Najib tu kerajaan ke? Kalau Najib tu kerajaan so next Pru biar najib je sorang bertanding utk semua kerusi parlimen. Hmm..apabila kerajaan sendiri tak boleh nak bezakan antara 'individu' dengan 'kerajaan'...maka akan keluarlah penyataan "Tun M nak jatuhkan kerajaan" walaupun hakikatnya nak jatuhkan Najib je
Artikel : Petronas yang tidak bermasalah, penasihat di pecat
Sumber : OH Media
Jum.Komen : 349+
1 - [1,108] Pak Lah, Tun M dan Najib ditangkap kerana beberapa kesalahan berat di Malaysia, jadi untuk jenayah berat mereka semuanya dijatuhkan hukuman 20 sebatan seorang.
Ketika mereka sedang menunggu sebatan, Hakim mengumumkan:
“Hari ini adalah hari jadi Isteri saya dan dia minta saya untuk membenarkan satu permintaan sebelum kamu disebat..”
Pak Lah yang pertama dan selepas berfikir seketika, dia pun berkata: “Tolong ikatkan bantal dibelakang saya..”
Bantal pun diikat tapi bantal itu hanya bertahan 10 sebatan dan Pak Lah terpaksa diangkat, berdarah dan menangis-nangis kesakitan.
Kemudian tiba giliran Najib. Apabila melihat Pak Lah dalam keadaan menderita, Najib pun tersenyum dan berkata: “Ikatkan dua bantal di belakang saya..”
Tetapi dua lapisan bantal itu cuma bertahan sehingga 15 sebatan dan Najib juga diangkat berdarah dan berteriak-teriak menangis.
Tun M yang terakhir tetapi sebelum dia berkata apa-apa, Hakim itu telah bercakap dahulu: “Awak adalah yang paling pintar dan licik orangnya. Untuk ini, awak boleh minta dua permintaan!”
“Terima kasih Tuan Hakim.” Jawab Tun M. Untuk menghargai kebaikan tuan Hakim yang mulia, permintaan pertama saya ialah tuan berikan saya bukan 20 sebatan, tapi 100 sebatan!”
“Bukan saja awak seorang yang terhormat dan pernah jadi orang paling berkuasa suatu masa dulu, tapi awak juga seorang yang sangat berani” kata Hakim itu dengan rasa kagum kepada Tun M.
“Jika permintaan awak 100 sebatan, maka permintaan itu dikabulkan.”
“dan apa permintaan awak yang kedua?” tanya hakim itu.
Tun M tersenyum lalu berkata, “Ikatkan Najib di belakang saya”!!!
2 - [171] sapa kritik sape bongkar skandal najib akan terima padah .lepas nie Tun Mahathir akan di buang negara ... sesungguhnya najib firaun Malaysia
3 - [81] Nak kata lagu mana lagi...
Suma depa ja betui...
Kita ni suma tak betui...
4 - [61] Aku sedih sebab penculik tak dapat culik najib. Kalau dapat culik kami sangat2 menghargai sbg rakyat malaysia. Hilang beban yg berat di bahuhuhuhu
5 - [61] kenapa laa ada masih anggap najib tuu bersih dan amanah? heran aku.
Artikel : Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 336+
1 - [192] Dalam percaturan politik, Tun Dr Mahathir sudah menjangkakan konsekuen yang akan beliau hadapi. Satu-persatu jawatan yang disandangnya akan ditarik balik. Itulah politik balas dendam drp Najib dan konco-konconya. Jika Tun Dr Mahathir mementingkan jawatan tersebut sudah tentulah beliau rela membiarkan negara musnah di tangan najib. Walaupun sudah bersara daripada jawatan PM, tetapi beliau tidak bersara dalam dunia politik tanah air kerana itu najib dan konco-konconya bimbang dan takut dengan tindakan Tun Dr Mahathir memperkenalkan deklarasi rakyat anti-najib. Tariklah apa sahaja jawatan yang Tun Dr Mahathir sandang akan menjadikan beliau lebih lantang bersuara mengkritik najib.
2 - [71] Suka emak bapak dia orang yg menganggok sebulat suara.najib durjana punya angkara.mintak2 menjunam la umno pada pru akan datang.
3 - [35] Yg aku tau dan pernah dengar... Ini dr zakir naik yg cakap la...bukan aku... Dia kata kalau Tun M jadi pemerintah dinegara arab yg kaya dengan minyak... Dia akan memerintah dunia... Punya la hebat pandangan org luar terhadap Tun M... Najib dunia luar pandang sebagai apa ye... Ce cite...ce cite.. Dan sejujurnya.. Tun M satu sen pun x rugi...tapi yg rugi petronas dan juga kita sebagai rakyat...
4 - [18] Pemecatan Tun Dr Mahathir sbg Penasihat Petronas merupakan tindakan terburu2 dn sgt tdk wajar. Dr Mahathir tlh komited secara langsung mengasaskn dn memajukan Petronas sbg sebhgian lambang kejayaan Malaysia di mata dunia. Tidak malukah Najib dn yg bersekongkol dgnnya memecat Dr Mahathir sbg penasihat Petronas? Insaflah para pemimpin UMNO, bhw tindak-tanduk datuk2 semakin merosakkan UMNO dn memadam kewujudan orang Melayu di bumi Malaya!
5 - [16] Saya tau Tun kuat semangat.Allah swt pinjamkan TDM buat kita semua di dunia ini untuk menolong umat2 dia yg teraniaya di atas bumi Malaysia.Sabar ada lah saparuh dari Iman.Hidup DrTun Mahathir.
Artikel : Kabinet Najib pecat Mahathir dari Petronas
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen :551+
1 - [166] Ahaiiii puak puak umno ni orang bilang betul betul dia bilang cobaan cobaan...
Cobaan....
Ini betul betul 2.6b masuk akaun najib
Cobaan...
Ahaiiii Ini betul betul betul betul...
Cobaan...
Hoii hoi dengar sini najib tu sebenarnya penipu penyangak faham...
Cobaan. .
Cobaan kepala otak kau. ..
2 - [101] Pantang ditegur pantang dikomen..kerja pm n kerajaan bn ni buang org je..x open minded atas teguran..dyorg je betul..rakyat salah..rakyat bodoh je pd tanggapan dyorg..xpa..masa akan tiba jgk
3 - [101] Sabaq tun.suatu hari masa mereka akan tiba...mereka yg sokong najib akan dapat balasan yg teruk.doa kami x pernah putus untuk tun kami rakyat malaysia sayang tun.
4 - [78] Aku nak cadangkan.. agar kjaan Najib robohkan saja Menara Petronas.. kakakakah
5 - [54] Ini kalilah Petronas akan bangkrap tdk lama lagi dan Proton juga kalau Tun M dipecat juga maka kita akan lihat Malaysia akan parah ekonomi. Sudahlah Najib tidak pandai mencari pendapatan atau sumber negara, inikan pula Tun M yg mengilhamkan semua bentuk sumber negara akan hancur bagi tempoh kurang setahun dari sekarang.
6 - [33] Siapakah Tun Dr. Mahathir @ Madey @Raja Kerala @ Maha Firaun mengikut sesetengah ektrimis 1MDB.
TAHUKAH ANDA??
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.
Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

0 disqus:
Post a Comment