728x90 AdSpace

Sunday, 14 February 2016

Zahid cabar belia buat kerja kotor


Artikel : 'Sanggupkah belia cuci longkang, bina bangunan...?'

Sumber : FB Sinar Harian

Jum.Komen :  3,486+

1 - [1,637] Aku keje pembantu kantin sekolah, elok je, sapu sampah, mop lantai, sampah kat longkang aku kutip, basuh pinggan mangkuk, elok je, boleh je aku buat

2 - [1,267] Buat apa kita nak percaya dekat pemimpin, sedangkan pemimpin tak percaya kepada kemampuan rakyat...hmmm

3 - [783] Weiiii menteri kurang pandai.klau kne dgn gaji tuk sara hidup semua rakyat sangop la.ape punya soalan yg ko tya ni.kurang pandai tu simpan sikit la tuk ank bini.ko ingat rakyat ni kayu golf ke pe.kne hayun bru jln.

4 - [669] pekerja asing: dtg kemari semata utk kumpul wang, tinggal berkongsi ramai, makan tk kisah sangat,tiada kos lain utk survival. compare ngan RAKYAT kita : mereka perlu saraan tak seperti pekerja asing,saraan keluarga ,rumah kediaman , kenderaan , dsbnya. jadi utk menyamakan RAKYAT sendiri di negara sendiri utk hidup sama seperti org asing adalah sesuatu yg tidak releven samasekali. tak bijak nya beralasan ..susukan anak sendiri dgn kelebihan sebagai RAKYAT kita drp membesarkan kera dari hutan.

5 - [418] kenapa tak gunakan tenaga para banduan je? cara ni lebih bagus dari gaji pekerja luar akan bawa banyak duit negara keluar....lagi pon para banduan makan, minum dan tempat tinggal ditanggung oleh peruntukkan kewangan negara...sekurangnya ada jasa para banduan kepada negara

6 - [251] Masalahnya klu hanya 3d jobs je yg kena upah pekerja asing rakyat faham, tapi yg kerja kilang, cashiers, pelayan restoran malah yg tpm ckp sendiri tukang masak restoran sendiri rasanya ramai rakyat msia sanggup bekerja tapi dpt kat diorang.

7 - [219] Ni semua alasan nk cari point nk bawak masuk...sanggupkah menteri dapat gaji rm900....
  
8 - [215] kalu dato pon sanggup ke suruh anak dato jadi pencuci longkang, jadi tukang sapu sampah dsb...mcm tue la juga harapan mak ayah kami semua supaya dapat keje elok2, supaya dorang tak nak kami anak2 susah mcm dorang susah dulu,,, kalau kena dengan gajinya, tak kisah pon kami nak buat keje mcm tue,,, bila yg dah tak de kije kami takkan memilih kerja asalkan dapat menampung perbelanjaan harian...


Artikel : Zahid cabar belia buat kerja kotor

Sumber : FB MalaysiaKini

Jum.Komen : 1,069+

1 - [427] Wei zahid... org msia tak kesah la buat keja kotor atau merbahaya cuma gaji tu biarlah berbaloi.... cuba tgk knp org msia berpusu2 kerja kat singapura wlaupun kerja cleaner saja... sbb dpt gaji tinggi....

2 - [118] Kita cabar anak anak dia , ahli keluarga dan suadara mara dia buatkan permulaan dan ke seluruh Rakyat Akan ikut bersama .... Pemimpin adalah teladan masyarakat.....
Cabar apa!!!! Buatkan buktikan kepada Rakyat sendiri yang kamu semua boleh buat juga.... Baru lah di katakan Malaysia boleh.....
Sekiranya kata hanya kerja kerja kotor untuk pekerja warga asing ini adalah sangat menghinakan masyarakat asing......


3 - [85] Saya sangup terima cabaran dari zahib tpm, sebab itu memang jerja saya, tapi saya cabar zahib untuk letak jawatan tpm hanya untuk 10 tahun saja berkeje dengan saya..ada berani...

4 - [77] Cabar anak muda buat.. aku cabar menteri ni sendiri hidup mcm rakyat sendiri.. tak payah aku nk cabar menteri idup mcm bangla ke nepal ke indon ke...
AKU CABAR MENTERI HIDUP MCM RAKYAT SENDIRI!!!! FAHAM??!!! RAKYAT SENDIRI...!!
Korunk x yah ada marshall.. mkn byr sendiri.. drive sendiri.. tu cth sket je aku bg utk idup mcm rakyat... sanggup x???


5 - [58] Zahid Ponorogo hanya mengulang apa yang penjajah British dulu kata kepada petani2 Melayu yang tak mau kerja lombong timah dan ladang getah pada hal petani2 Melayu dah ada tanah dan 'protes diam' tak mau bersekongkol dgn penjajah British. Maka petani2 Melayu dituduh malas. Kini sejarah berulang, 'protes diam' kembali kerana upah rendah berbanding dengan KDNK per kapita negara yang tinggi (middle income trap) dlm pekerjaan 3D yg berbahaya, berisiko mati kemalangan industri. Itu belum masuk sistem kontrak outsourcing. Pendekata kalau kau tak kena dengan tekak kapitalis maka kau malas dan memilih kerja. (Sila rujuk MITOS PERIBUMI MALAS karya magnum opus Syed Hussein Alatas)


Artikel : Jangan salahkan saya, jangan salahkan k'jaan, kata Zahid

Sumber : FB MalaysiaKini

Jum.Komen : 1,250+

1 - [1,094] Betul cakap kau, Zahid. Kau & kerajaan tidak harus disalahkan. Kami rakyat Malaysia yang salah sebab pilih kamu. Kami akan pastikan PRU14 kami tak ulangi kesilapan kami....

2 - [401] cakaplah apa pun tapi batalkan lah niat kau nak bawa 1.5 juta bangla ke Malaysia ......... macam2 permintaan rakyat, kau tak dengar pun ....... tapi yg buat poket kau kembung, cepat kau bertindak

3 - [278] kenapa sampai 1.5juta?? kalau betul permintaan majikan,dedahkan senarai majikan yg memohon ,berapa org yg majikan perlukan,negeri mana plg byk permintaan..buat satu sistem supaya rakyat boleh akses dan dapat info..jgn ckp saja nak bawa masuk dan majikan perlukan..buktikan dgn data dan rekod permohonan.. kerajaan perlu fkr masalah yg akan ditanggung rakyat.

4 - [206] Sekadar renungan bersama untuk hujung minggu.

1. Buruh import dari Cina zaman British terus tinggal di Malaysia.


2. Buruh import dari India zaman Bristish terus tinggal di Malaysia

3. Buruh import dari Indonesia zaman millinieum juga terus tinggal di Malaysia.

4. Buruh import dari Bangladesh juga akan terus tinggal di Malaysia.

Tanah Melayu ini bumi rezeki.

Mungkin suatu hari nanti kita bagi taraf warganegara kepada mereka pula!!


5 - [107] Betul...Kerajaan hanya berkuasa dalam kes liwat saiful, komem dlm fb,twiiter, sekat kebebasan rakyat, lantik AG pro Najib,....dalam isu pekerja bangla memang Kerajaan tak berkuasa..kerana pemodal(majikan) lebih berkuasa..

6 - [89] Jgn salahkan datuk zahid bawa pekerja asing. Kita kena salahkan warga bangladesh. Cuba warga bangladesh apply warganegara, maka warga bangladesh ni x kan jadi warganegara asing lagi. Dia akan jadi warganegara tempatan yg bekerja dlm.sektor perladangan dan pembinaan. Oleh itu, x ada lah warga asing yg bekerja di sektor2 berkenaan sbb dah jadi warganegara. Betul x datuk? Lgpun tgungjawab datuk sbagai menteri ialah untuk memenuhi permintaan majikan bukan memenuhi permintaan rakyat. Memenuhi permintaan rakyat ni kerja menteri bangladesh.


     

0 disqus:

Post a Comment

Item Reviewed: Zahid cabar belia buat kerja kotor Description: Rating: 5 Reviewed By: ADMIN
Scroll to Top