Krisis MB Kedah : PKR sokong Mukhriz, 19 ADUN tetap Pendirian.
Artikel : PKR sokong pentadbiran Mukhriz sebagai MB
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 334+
1 - [434] baik dan mulia sungguh hati datin seri wan azizah. walaupun fikir balik dulu apa yang ayah mukhriz buat kat suami beliau. #respect
2 - [69] kita punyelah kesian kat dsai hasil kerja tangan bapak mukhriz..ni bini dsai nyatakan sokongan pd mukhriz..masyaAllah...inilah politik matang level tertinggi..wa caya lu kak wan!
3 - [65] Rakyat jelata pun semua sokong Mukhriz....semua sayang Mukhriz., semua percaya dan yakin pada Mukhriz...cuma beberapa org je yang dengki,cemburu buat kacau.
4 - [26] walaupun ini bkn pilihan terbaik tapi demi rakyat dia ketepikan dendam peribadi... itulah perjuangan demi rakyat n negara.
5 - [15] Saya respek kakwan,betul lah suara rakyat yg harus di dengar bukan suara 14 org tu,lepas ne andai mukhriz kekal ,saya harap mukhriz gugur kan semua jwtn yg di pegang oleh geng badshah tu.
Artikel : 19 Adun tetap pendirian tolak Mukhriz
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 664+
1 - [468] Kalau 19 adun boleh tolak mukhriz.. X salah kalau satu negeri kedah tolak adun yg 19 org ni.. Pasal ni melibatkan masa depan korang jgk.. So tolak spai xder tpt utk dia org dlm parti..
2 - [183] Diorang ni terpaksa.... kalau sokong DSMM, alamat penggal akan datang kena tukar dgn org lain tp diorang x sedar, pru 14 nnt diorang akan "direhatkan" terus oleh pengundi....
3 - [100] Mb Pahang skandal bauskit.. Rilex je ..xde pun jibby nk kick.
4 - [88] Kami warga malaysia berharap semua sultan dan raja bersatu membantu rakyat malaysia daripada kesusahan sekarang. Kami tiada tempat utk merayu hanya Sultan dpt membantu kami. Diharap Agong dpt membuat Mesyuarat Raja tergempar utk menangani situasi ini. Malaysia dh malu sampai luar negeri.
5 - [60] Kami rakyat tetap bertekad menolak 6 org tu termasuk najib pd pru14...
Artikel : Nak tukar MB Kedah, 'jenguklah' Pahang dulu
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 185+
1 - [172] Round Pertama Dato Seri Mohd Najib dan Dato Ahmad Bashah sudah tewas dalam percubaan menukar MB, apa kata Round Kedua cuba tukar MB Pahang. Gunalah alasan Bauxist.
2 - [123] Mn blh babitkan phg boh..sbb tok nan plg disukai rkyt jelata krn tlh mengubah lanskap kwsn gebeng sbg antara tmpt ajaib dunia iaitu spt berada di planet marikh..
3 - [37] senang je nak faham.. kredibiliti MB bukan dinilai dari segi khidmat kpd rakyat tapi taat pada ketua dan parti.maju dan aman mcmanapun negeri tu, kalau MB x ikut kata ketua, kena buang juga. umno kedah suruh MB turun pun sbb parti.jijik politik malaysia
4 - [14] Steady khairuddin melayu mcm ni...terus terang...aku bangga sgt!! Tlg r najib!!jgn gadai bumi malaysia ni..kesian anak2 kami masa depan akan dtg...igt Allah.
5 - [9] Rakyat pahang sudah hilang kepercayaan pda mb, tapi masih lagi kekal jawatan
Artikel : BN gagal dapat perakuan 19 ADUN semalam?
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 148+
1 - [165] Aku sokong Mukriz walaupun aku di pehak pembangkang, Mukriz ni dia betol2 nak membela rakyat. krana dia minta turunkan GST ke 3% tu lah yang Najib marah sgt, yang lain tu nak rebut jawatan MB bukan nak membela rakyat nak PIJAK rakyat ada la
2 - [123] suka aku dgn politik Kedah,, bukan saja rakyat bersatu,, malah pembangkang pun turut bersatu tanpa mengira politik,, mnkin inilah yg di katakn semangat mahawangsa,,,
3 - [108] nampak gaya mukriz kuat kat kedah .. susah nak jatuhkan dia ... salah satu org suka mukriz ialah .. dia tak rasuah ..
4 - [69] Kita pilih pemimpin yg blh tolong rakyat,bkn utk kepentingan diri sendiri.
5 - [67] Nanti kalau ditakdirkan mukriz kekal mb Kedah, mungkin dia boleh rombak exco Dari bn Kedah mana2 yg tidak boleh lagi bekerja dengan beliau Dan digantikan dng adun2 Dari pakatan rakyat yang boleh membantunya mentadbir negeri Kedah dengan adil dan amanah.
6 - [53] Padan muko ketua2 Bhgn tu semua yg ghairah sgt nk gugurkan mukhriz. Nasib bek sultan x izinkan..
7 - [46] Pemimpin kerajaan Persekutuan sepatutnya lebih menghormati kedaulatan negeri negeri dan tidak campurtangan dalam urusan negeri mahu pun dlm aspek pentadbiran dan politik. Saya berharap Mukhriz akan kekal sebagai MB dan ini akan mengajar pemimpin persekutuan supaya dimasa hadapan tidak sesukahati mahu menukar pentadbiran negeri yg tidak sebulu dengan kehendak mereka..



0 disqus:
Post a Comment