Bashah tekad BN Kedah menang dua pertiga pada PRU14
Artikel : Bashah tekad BN Kedah menang dua pertiga pada PRU14
Sumber : FB Sinar Harian
Jum.Komen : 674+
1 - [299] Aku suka apa yg najib buat skrg sbb apa yg najib buat memberi banyak kelebihan dan peluang kepada pembangkang untuk menang dlm pru14 nnti...semoga umno terkubur terus di malaysia
2 - [166] 60% pengundi nnt adalah pengundi bwh umur 45 tahun. Nak tarik pengundi muda kalau bg gula2 politik takkan jalan. Kuatkan sendiri kat Bakar Bata tu. Menang hari tu pun dgn majoriti 895 undi je walaupun dah masuk 5 penggal. Mukhriz bertanding kat kawasan Pas menang dulu, selamba je menang majoriti 2,000 undi. Ckp berpijaklah dibumi nyata..
3 - [129] Jgn takbur,dulu khirtoyo ckp nak sifar prmbangkang kat selangor,yakin sapu bersih..last2 dia yg kene sapu..hilang negri siap..skrg tgh bertapa kat gua sg buloh..hihihi
4 - [45] Ni mesti mimpi masa dok lena kt kerusi td..jgn hrp la apa yg hg tlh buat pd DS Mukhriz..rkyat kedah nk maaf n sokong hg..siapla bn kalah semua kerusi pru14
5 - [9] Nak sedapkan hati....pengundi tua boleh le ko gula gulakan....pengundi muda mcm mana ko nak bg gula....mereka bukan jenis pak turut....semuanya sudah boleh berfikir sendiri yg mana baik dan buruk.
Artikel : MB Kedah yakin menang PRU-14
Sumber : FB Berita Harian
Jum.Komen : 651+
1 - [264] Aku suka apa yg najib buat skrg sbb apa yg najib buat memberi banyak kelebihan dan peluang kepada pembangkang untuk menang dlm pru14 nnti...semoga umno terkubur terus di malaysia
-- [42] Betul, tapi pemikiran segelintir rakyat malaysia ni bila menjelang PRU jadi terlalu takut kalau kerajaan bertukar. Terutama golongan veteran dan felda, takut sgt kalau kerajaan tukar, seolah-olah orang melayu akan mati serta merta kalau kerajaan bukan lagi umno.
Golongan muda rasanya memang majority takkan sokong umno dah.
2 - [133] Kusangka mukhriz sampai ke petang,
Rupa bashah di tengah hari,
Yang bijak pandai PM tendang,
Hanya SRP pilihan hati..
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Angkat sumpah jangan terlena,
Itu pesan mantan MB.
Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kundi,
Yang marah tengok saja,
Nak tukaq tunggu mengundi.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Rakyat kedah harap bersabar,
Tolak BN masa mengundi.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dlm perahu,
Buat janji beri harapan,
Dah menang buat tak tahu.
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Rakyat kena dulu,
Pemimpin tidur lena.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Semua terjadi ada hikmah,
Jadikan iktibar kita semua.
3 - [26] Umno kedah jgn terlalu selesa, kesilapan seperti ini suatu malapetaka yg pasti memusnahkan kelangsungan umno di kedah...mengelupur je,nk tukar menteri besar,sibuk2 menyambut keputraan sultan kedah buat perangai nk suruh yb mukhriz letak jawatan,lepas tu nk menyedapkan hati mukhriz kata2 pujian utk yb mukhriz...
4 - [16] Tok sah dok sembanglah pasal kemenangan. Kejatuhan Parti UMNO akan bermula dari negeri Kedah. Kalau tak percaya... Kita tungguuu dan lihat dlm Pru 14 nanti. Fullstop.
5 - [11] Umpama mimpi dlm mimpi! X abis dok mmpi,tngh2 hari buta pn boleh mmpi lg..mad bashah2..dgn ap yg hg dok buat kt rkyat Kedah hri ni,hg berani kata blh mng Pru nnt,cmna hg taw??
Artikel : PRU14: Bashah bertekad BN Kedah menang dua pertiga kerusi
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 653+
1 - [120] Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Apa habaq? Apa ceghita ni?
Kepada anak bongsu yang tercinta lagi dikasihi. Hang dengaq baik-baik naa..
1. Kalau bapak hang dipilih melalui jalan yang betul menggantikan dengan sebab musabab yang jelas, rakyat di bawah boleh terima elok-elok. Sebab siapa pun yang jadi Menteri Besar kita tetap hidup macam biasa, rutin kita tidak bertukar bila MB diganti. Lain lah kalau MB tukaq, esok hidup kita teruihh senang lenang goyang kaki.
2. Rakyat marah bukan sebab taraf pendidikan rendah. Kemarahan rakyat melangkaui dari sebab-sebab itu. Rakyat sekarang melihat bukan berapa banyak pengalaman dalam politik. Bila anak Datuk Bashah dok luah perasaan yang ayah dia tak mengaji tinggi sebab kena bela adik-beradik, rakyat bukan nak simpati. Itu perjalanan hidup dia. Bapak aku pun susah lagu tu jugak dulu. Semua orang pun mesti ada cerita susah disebalik kesenangan sekarang.
3. Menjadi seorang pemimpin pada masa kini bukan setakat memerlukan pengalaman. Tetapi perlu dilihat BERSIH dan AMANAH. Itu indikator asas utk memilih pemimpin. Baru sehari bapak hang jadi MB meroyan seolah bapak hang maksum dan semua yang 'fitnah' nak kena pi merangkak mencari di Padang Mahsyar. Hang pasti ka bapak hang tak payah merangkak cari rakyat di Padang Mahsyar nanti?
4. DS Mukhriz disenangi rakyat Kedah bukan sebab dia banyak pengalaman. Tetapi dia dilihat sebagai seorang pemimpin muda yang kelihatan bersih dan amanah. Itu yang rakyat kita mahu. Rakyat sekarang pentingkan semua tu. Bapak hang pengalaman banyak. Tapi tang bersih dan amanah ramai yang meragui. Hari ini orang melihat DS Najib yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dan skandal siap macam-macam bukti, masih dipertahan untuk terus kekal. Yang berprinsip mempertahankan hak rakyat tanpa bukti dan alasan yg jelas kesalahannya, dicantas hidup-hidup suruh letak jawatan. Hang tak heran ka pasaipa jadi lagu tu?
5. Apabila DS Mukhriz dijatuhkan dengan cara ini, rakyat tidak akan sokong. Rakyat tidak akan diam kerana ORANG MUDA SEKARANG BUKAN JENIS SETIA MEMBUTA TULI. Depa ada akai boleh pikiaq. Dalam rakyat dibebani dengan masalah kos hidup itu dan ini, bapak hang bekompromi dengan KING OF CASH. Jatuhkan DS Mukhriz dengan CARA PALING JIJIK.
6. Terlalu awal sangat anak MB Kedah darul lena ni nak meroyan. DS Mukhriz yang bapak dia 22 tahun jadi Perdana Menteri tidak pernah meroyan cakap itu dan ini. Nak ulang sekali lagi, 22 tahun kalau hang nak tau. Sedangkan apa jenis hinaan yang orang tak kata pada Tun M? Malah lebih dari itu pernah digelar. Ada ka depa meroyan? Kalau ada habaq mai tang mana?
7. Rakyat tak akan pertikai kelulusan seorang MB kalau caranya betul sebab zaman DS Syed Razak jadi MB Kedah, dia juga pemimpin yang tidak mempunyai kelulusan tinggi. Tapi rakyat Kedah dapat terima dia sebagai MB. Tapi tidak untuk yang ini kerana caranya sangat jijik dan tidak gentleman. Elok la dia jadi MB utk ahli UMNO dan penyokong dia saja. Tapi TIDAK pada rakyat Kedah.
Akhir kata, jamu la geng-geng UMNO dengan dedak yang terbaik di pasaran. PRU nanti kita akan lihat kesan yang maha dahsyat hasil kerja bodoh pihak yang baling batu sembunyi tangan ini. Kerana anak muda Kedah pasti BANGKIT!
Yang tulus ikhlas,
Rakyat Kedah
Credit: dari likers MMFC Official, Rosman
Mintak maap banyak2 la naaa kalau teghasa
"Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata."
2 - [35] Ada kemungkinan apa yg Bashah katakan..sbb..marah melayu kejap je...Najib serta ketua bahagian,ketua caw tabur dedak berubah la hati melayu...itu la bangsaku...
3 - [18] Kami rakyat Kedah juga berikrar akan tumbangkan UMNO/BN dalam PRU 14 nanti...... Apa macam setuju tak ?
4 - [12] PRU14 untuk pembangkang ambi balik kerajaan kedah....dan Putra Jaya Pakatan akan Menang memimpin negara....Inshallah.
5 - [7] Boleh jadi mcm Khir Toyo dgn penyapu pru12 bungkus terus malap.Harap² pembangkang Kedah mng lebih 2/3 pru14.Ajar dia supaya tau langit tu tinggi ke rendah.

0 disqus:
Post a Comment