Tiada kes penuntut kebuluran di universiti awam
Artikel : Tiada kes penuntut kebuluran di universiti awam
Sumber : FB Berita Harian
Jum.Komen : 103+
1 - [28] awk makan kat umah ada orang masak.boleh la ckap tak ad penuntut universiti awam yang lapar..cube awk pegi sabah serawak yang mne petuntut kebanyakkan nye orang semenangjung yang ramai dari keluarga yang susah...jangan cakap kalau tak ada bukti.
2 - [17] Anak prmpuan saya pelajar undang2 di Uitm Shah Alam, xdpt pinjaman ptptn, mohon zakat, baitulmal smua x dpt. Saya...ibu tunggal. bayangkan lh keadaan kami...
3 - [13] Kebuluran blum ade lg tp yg menahan lapar...mkn sekali sehari... klau ckp pada pensyarah pun ape yg pensyarah boleh buat? Nk sponsor makanan, nk bg duit belanja??? Memang tak lh....
4 - [12] malas nak cakap lebih. aku bersyukur jadi anak mara. dan buat sahabat ipta lain terutama keluarga kurang mampu. bertabahlah sahabat kuatkan semangat anda. jadikan ianya satu kekuatan. mereka di atas kita masih lagi belajar sampai masa kita ubahlah setiap system yang tidak memberi faedah kepada semua nie. memang menteri kita nie payah nak di bentuk dah aku rasa. redha ja la
5 - [10] Pemerhatian saya di salah sebuah universiti di sebuah bandar di Sarawak. Mahasiswanya ramai yang basuh baju pakai mesin basuh berbayar, sebilangannya pada hujung minggu menyewa kereta untuk "meronda" di bandar dll........
6 - [4] SUSah nk ckap...klu org yg xpnah melaluinya...sape yg pernah laluinya mmg agak azab...kalu fedup mmg benti blajar...kpd yg masih bertahan sy ucapkn TAHNIAH SEMANGAT JUANG ANDA DLM BIDANG AKADEMIK MEMG TINGGI..
7 - [5] Hanya pelajar yg pernah mengalaminya jek tau betapa seksa sampai terpaksa tahan lapar sbb x ada duit belanja. Saya pernah rasa masa belajar dulu sampai terpaksa kerja sambilan kat kilang ambil upah pasang butang baju. Itu sy hadapi dulu masa belajar kat u antara 2003-2006. Sekarang lagi mencabar dengan kos hidup dah naik. Penafian yg dibuat timbalan naib canselor ni pun hanya anggapan dia semata2 tanpa ada fakta atau kajian sahih. Silalah turun ke bawah tengok2 sendiri mahasiswa yg mana mmg ada makan sekali sehari kadang2 minum air jek pun ada. Jgn sekadar buat penafian semuanya ok sbb nak jaga status dan jawatan jek. Pelajar yg x cukuo mkan ni selalunya segan nak mengaku & mengadu sana sini minta ehsan org. Ni bila media buat pendedahan pergi condemn plak. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

0 disqus:
Post a Comment