Artikel : Pelajar perlu kerja untuk duit lebih, kata menteri
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 390+
1 - [124] Nak kerja apa..??...semua sektor sudah dipenuhi buruh asing bergaji rendah...nak jual burger..??...vietnam pun dah pandai berniaga...cakap senang...cuba turun lapangan...baru tahu permasaalahannya...!!
2 - [102] Allen Tong Lagi sikit hari pelajar sekolah menengah pun akan disuruh Kerja partime kan kan ? Jadi hentikan kemasukan 1.5m pekerja Bangladesh dulu
3 - [39] X sangka duit zakat, duit cukai yg rakyat beri tu x pandai di agihkan. Seeloknya korang ni aku campak dalam kandang rimau je bior rimau tu agih2kan cebisan daging korang tu sesama die. Rimau lagi pandai, jadilah rimau
4 - [36] Aikk,klo ikut kan pemikiran menteri ni dlu,patut dtg belajar hanya utk belajar aja. Pergi perhimpunan x boleh,join politik x boleh konon nanti hancur pelajaran. Skrg suruh kerja pula? Habis klo byk masa kena kerja,x hancur belajar mereka nanti?
5 - [34] Kalau nama sudah pelajar..maksudnya pelajar masih belajar..yg kau suruh pelajar pergi kerja..itu kan idea b***h!!
6 - [24] Kepada Semua pelajar dan pemuda-pemudi, kalau umur anda dah 21 dan ke atas sila daftar diri anda sebagai pengundi. Undilah parti yg anda yakin. Masa depan kamu dan negara di tangan anda.
7 - [12] Dia rasa statement dan saranan dia world class.....malu, zaman dia kerja berlambak, ada biasiswa, ada dermasiswa, ada mara, ada biasiswa felda, ada misc ada mashushita, yuran pulak ciput.... kalau tak dapat itu semua maka bangang ler... lepas tu
8 - [10] Pelajar yg kerja part time bagus.
TETAPI boleh menjejaskan kualiti pembelajaran la kalau tak pandai jaga diri..
Apapun pelajar skrg, manja dari sekolah lagi sehingga terbawa ke Alam universiti...
Siapa salah, sendiri mahu ingat.
9 - [2] Kenapa setiap masalah yg rakyat marhaen utarakan,ini jawapan dan jln penyelesaian dpd pihak atasan? jawapan yg sama je dgn menteri2 lain..Cuba buka minda dan berfikir di luar kotak..jgn beri jwpan org kaya,beri jawapan rakyat yg derita.
10 - [6] okay ko nak suruh student kerja part time..ko ingat majikan nk byr hari2..semua byr hujung bulan
sama la juga student tetap xde duit nk makan..tu baru satu hal
belum lg hbs kerja kol 10 mlm tggu bas,bas xde..public transport mcm hawau..mula la kena samun..rogol..
11 - [2] Jawatan menteri pendidikan tinggi tapi bila mengeluarkan kenyataan macam budak sekolah rendah yang tak tau perkara2 yang melanda rakyat malaysia seoerti gst, kebanjiran warga asing yang rela mendapat upah yang rendah, tabung kebajikan yang diuruskan dengan tidak telus, double standard, bila pelajar bersuara memohon kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian diberikan pula sejarah dia yang entah zaman bila, ape kata pak menteri adakan sesi perbincangan atau debat, itupun kalai berani dan telus untuk mencari jalan penyelesaian
Sumber : FB MalaysiaKini
Jum.Komen : 186+
1 - [40] Kau pun lagi satu.... takde kaitan dgn oxford dgn yg ini... gov terlalu manjekan pelajar2 kat sini dgn memberi bantuan n sebagainya... tapi pelajar kite in... high standard lo.. tak mau keje partime all.. sebab malu... pakai brg mahal2... come on la... tlg jgn samakan dgn yg lain... kalau dah ada hala tuju tu... hmmm tak de yg lapar... tak payah nak create scene... so drama la... nowdays..
2 - [44] Saya student pada masa KINI. saya buat parttime (pkol 9 mlm sampai 4/5 pagi pastu g class pkol 8 pagi), mkn berjimat, x g joli. Masih x cukup. Nilai wang dah berubah. Yuran mahal. Nasi letak kuah dah rm2.50. Kalau join apa2 aktiviti di U, kena bayar. Kalau x join, x dpt duduk hostel. Kalau x dpt duduk hostel. Duduk luar. Dah2 la. Jgn nak samakan dlu dgn skarang. Rm50 dlu dgn rm50 sekarang boleh beli sama byk kuantiti x ? Jwb dgn jujur.
3 - [42] Minta maaf ye puan, bukan semua pelajar Oxford kaya ye, banyak yg belajar melalui scholarship.. Anda sepatutnya cakap anak menteri mana tahu susahnya... tu baru nampak perbezaan!
4 - [14] Lepas ne kalau habis saja cuti semester suruh pelajar bawa bekalan beras dan kayu api sekali. Kompom tak lapar punya. Pelajar lapar bukan disebabkan tak makan tp kena ikat perut sebab kos sara hidup yg tinggi. Ke fikir betul2.
5 - [4] Pelajar u ada juga anak org kaya.apa mrk tgk ajerke kawan tak makan. Setahu saya sbg pelajar u kita berkongsi sesama kita untuk hidup di u. Saya dulu pi belajar pakai seluar jeas capuk.....janji kami boleh beli duit untuk makan
Hahaha makan tak pernah putus tapi jgnlah memilih. Makan minum pagi biskut lemak ajer share sesama kawan. Tak mampu makan kfc.hahahah
6 - [6] masalah utamanya ialah kos sara hidup kian meningkat sejak ada GST...bukan mahasiswa saja yg telah merasa bahangnya seluruh rakyat Malaysia kecuali menteri dan anak kerabat mrk termasuklah org2 spt Qu Putih...
7 - [5] sebagai pemimpin turun padang la.. jgn ketawa je di pejabat tu.. tengok sendiri kesusahan pelajar di ipta
8 - [1] Betul. Lahir dalam
Keluarga kaya. Tak pernah merasa makan nasi putih dgn kicap untuk lunch & dinner. Tak pernah merasa pakai baju yg disedekahkan orang.
Our leader are out of touch with rakyat marhaen!


0 disqus:
Post a Comment