728x90 AdSpace

Thursday, 28 January 2016

Bajet 2016 : Antara Butiran penting


Berikut, antara butiran penting yang sedang dibacakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini:

- Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus dari Mac 2014 hingga Disember 2017. Sumbangan majikan kekal;

- Pengecualian cukai sehingga RM2,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah bagi ahun taksiran 2015;

- Liberalisasi permit import bagi produk pertanian terpilih termasuk kopi dan daging;

- Pasar tani baru yang dikenali sebagai MyFarm Outlet untuk menjual produk makanan pada harga 5-20 peratus lebih rendah daripada harga runcit;

- Subsidi tunai RM50 bagi setiap satu tan padi mentah sebagai insentif kepada petani untuk menghasilkan beras;

- Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan;

- Semua rumah baru berharga RM300,000 dan ke bawah hanya boleh dijual kepada pembeli rumah kali pertama;

- Penerusan pinjaman rumah pada kadar faedah 4 peratus kepada 10,000 pembeli rumah yang membeli rumah berharga RM35,000 dan ke bawah.


 Pengubahsuaian Bajet 2016

1 - Program MyBeras diperkenalkan. Program ini akan membekalkan 20 kg beras setiap bulan sehingga 2016 kepada keluarga miskin tegar yang berdaftar.

2 - Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan kepada 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Caruman majikan bagaimanapun kekal 13 peratus.

3 - Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 kebawah untuk tahun taksiran 2015.

4 - Semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 kebawah terhadap kepada pembeli rumah pertama sahaja.

5 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

6 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.

7 - Program BR1M akan terus dilaksanakan.

8 - Kerajaan akan teruskan pelaksanaan kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016.

9 - Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.

10 - Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

11 -  Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara.

12 - Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

13 - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.


Artikel : Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji Julai ini

Sumber : FB Sinar Harian

Jum.Komen : 793+

1 - [546] pandai sinar harian ni putar belitkan tajuk kan. bukan kenaikan gaji, tetapi anjakan 1 anak tangga gaji. sebagai contoh, kenaikan tahunan ialah rm100, mulai bulan julai ni akan dapat kenaikan rm100 dan kenaikan biasa pada tarikh masukan pekerja. Bukan kenaikan gaji. kepada pekerja swasta yang tidak faham bagaimana gaji penjawat awam tolong jangan buat andaian yang buruk.

-- [53] ni kenaikan tahunan. najib xumum pun mmg tiap2 tahun naik. cuma tahun ni diumumkan supaya nampak lebih indah.

2 - [150] Saya berkerja sebagai kakitangan awam, tapi penghujung bulan Feb ni saya akan meletakkan jawatan. Sbb gaji penjawat awam kelas bawah mcm saya ni ciput sgt. Basic+elaun+overtime cuma Rm1500 jer. Mana mampu tampung kos sara hidup zaman Najib ni yg meningkat tiap2 hari. Baik saya kerja dgn kwn saya bawa treler. Main stereng pun Gaji Rm4-5k.
Cukup2 jer bela anak bini dan menabung sikit utk beli cincin.


3 - [130] Tahniah penjawat awam tahniah atas kenaikan gji anda syukur Alhamdulilah.. Hehe Tp jangan lupa pada swsata diorng kerja penat siang malam Tp gji still Sama so biar adil Sama tu bru betul....!!

-- [43] Saya kerajaan. Kerja shift 24 jam. Kadang2 ada yang kerja malam, balik pagi2 rest sekejap petang kerja semula. Hari off pun kena kerja. Ada yang 7 hari seminggu kerja. Tak dapat nak off. Tu yang viral gambar nurse tidur gambar doktor tidur. Padahal baru nak lelap sekejap. Semua kerja pun penat kak. Penat dengan kenaikan gaji tak ada kaitan saya rasa.

4 - [124] Hahah rilek....aku pekerja swasta...aku yakin Allah akan ganti kita yg lebih baik....najib...tggu di padang masyar....

5 - [109] Bukan ker anjakan 1 pergerakan gaji ni dh diumum pd bajet lepas? Ini bkn perkara baru. Berkaitan GST, penjawat awam tak kena GST ker? Bkn ker GST utk seluruh malaysia? Penjawat awam bkn duduk kt Malaysia ker? Income tax ni hanya utk org swasta ajer ker? Org kerajaan tak bayar income tax? Aduhhh.... kalau org swasta terbeban dgn kos sara hidup org kerajaan pun sama juga terkesan.
     

Artikel : Pengubahsuaian Bajet 2016 : Ini 13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu 

Sumber : FB Siakap Keli

Jum.Komen : 228+

1 - [293] mohon 31 August neh xpyh smbut merdeka.....sbb Malaysia dh kmbali d jajah ..

 -- [28] Dan x lama lagi kita akan lebih teruk dijajah oleh israel amerika bila dah tandatangani TPPA.
Macai2 najib x sabar nak tengok harga ubat ubatan jadi mahal melambong..


2 - [287] Kalau majikan punya naik 14% itu namanya bantu rakyat.. ni yg kami punya caruman ko turunkan kpd 8% , tu duit kami.. jd hari tua kami dpt ckit lah nanti.. tak payah lah jd pm.. letak je lah jawatan

3 - [158] Saya mncdgkan stiap jumaat habis selesai smyg jumaat diadakan solat hajat.. selamatkn malaysia dr tgn pemimpin dan kuncu2 yg zalim..

4 - [40] Caruman pekerja dikurangkan 3%, secara logiknya pekerja akan dpt lebih dlm gaji bulanan, tp keburukan die simpanan di hari tua akan kurang,

......dannnn trick die di sini kerajaan bole tolak cukai lebih dr gaji bulanan kite...cis!!


5 - [7] Sekarang 11 percent..dikurg 3percent jd 8 percent..motif : nk menambah pendapatan bulanan rakyat supaya dpt berbelanja..padahal hrga barangan dn perkhidmatan terus meningkat..mcm xde bg penyelesaian pon?lps tu simpanan hari tua akan berkuranganla..


Artikel : Keluarga miskin tegar dapat 20kg beras setiap bulan 

Sumber : FB Sinar Harian

Jum.Komen : 131+

1 - [70] Sepatutnya membuka banyak ruang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat. 20kg beras nak buat apa? Sama seperti bagi ikan kepada rakyat, sepatutnya bagi joran, jala, jaring atau boat boleh rakyat tangkap sendiri. Kerajaan bela pendatang asing salah satu sebab peluang dan ruang rezeki rakyat tertutup. Negara dipenuhi dengan pendatang asing, kesian rakyat dalam ketakutan.

2 - [24] orang yg kaya2 dlm fb ni boleh la buat melawak dgn benda ni.... tp yg betul2 miskin ini mungkin satu rahmat bagi mereka, harap sampai kepada yg betul2 layak
  
3 - [17] Yang dapat contract supply beras pada kerajaan akan kaya raya. Di Indonesia juga orang miskin dapat beras tapi beras nya berquality amat rendah. Harap di Malaysia tidak akn jadi perkara yg sedemikian. Menteri kata kita mahu rakyat kita makan beras yg baik bila menghentikan penjualan beras yg murah di Kedai ! Malaysia dahulu

4 - [16] Syukur utk mereka..bayangkan kalau family kita sendiri susah. Saya sendiri pernah hidup susah tapi sape je nak tolong. Lately ni yang kaya makin kaya. Teringat saat ayah pinjam duit kat kakak sendiri. Kene bebel..hinaa...thats y bantuan perlu.
 
5 - [5] Bagus juga cadangan mcm ni...nanti kita bayar zakat, pakai gandum..dan beras secupak... d harap lepas ni, jakim,jais,muis & jabatan2 Agama islam yg lain lepas ni kena ada store~~~ heheheh.


0 disqus:

Post a Comment

Item Reviewed: Bajet 2016 : Antara Butiran penting Description: Rating: 5 Reviewed By: ADMIN
Scroll to Top